Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Saturday, January 16, 2016

VISI DAN MISI BARU SMK LEPAR HILIR

VISI DAN MISI BARU SMK LEPAR HILIR




Pada mesyuarat guru kali pertama 2016, Tuan Pengetua telah memaklumkan para guru berkenan dengan hal ini. Dengan perubahan baru yang banyak berlaku dan antaranya visi dan misi sekolah, telah menyuntik semangat baru terutamanya kepada pelajarnya sendiri. 
               Visi sekolah yang baru iaitu SMK Lepar Hilir Band 4 NKRA 2018 ini merupakan satu target yang cuba dicapai dalam jangka masa yang telah dinyatakan. Visi ini sangat relevan bak kata pepatah, "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit". Satu demi satu pencapaian bakal diraih walaupun memakan masa untuk menyesuaikan diri. 

               Misi sekolah ini memfokuskan agar semua pihak sekolah yang terlibat komited dalam memastikan lima perkara tersebut. Ianya telah dinyatakan dengan begitu spesifik dan jelas bagi memudahkan semua pihak cakna dan faham. Para pelajar dan guru perlu bekerjasama untuk merealisasikan pencapaian misi sekolah, Keyakinan dalam kehidupan itu penting dan kita tidak harus berputus asa selagi belum mencuba. Semoga urusan SMK Lepar Hilir dipermudahkan dan terus sukses. Amin

0 comments:

Post a Comment