Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Pages

Friday, May 03, 2013

Ceramah Kerjaya dan Halatuju Selepas SPM; Taklimat Kemasukan Ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi SMK Lepar Hilir 2013

Ceramah Kerjaya dan Halatuju Selepas SPM; 
Taklimat Kemasukan Ke Politeknik 
Kementerian Pengajian Tinggi 
SMK Lepar Hilir 2013



Alhamdulillah. Program Ceramah Kerjaya dan Halatuju Selepas SPM; Taklimat Kemasukan Ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di SMK Lepar Hilir 2013 telah selamat diadakan pada Hari Selasa, 30 April 2013. 

Program bermula pada pukul 10.45 pagi. Para peserta program ini terdiri daripada pelajar Tingkatan 5S, 5M dan 5MPV. Program telah diadakan di Dewan Seri Bestari.

 Penceramah jemputan daripada Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang. Ceramah yang menarik ini telah disampaikan oleh Tn Hj Zulkifli bin Mat Nasir, Pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan, Pahang. Beliau datang bersama kakitangan POLISAS, Encik Nor Azian Bin Nordin. 


Website POLISAS Kuantan:
http://www.polisas.edu.my/portal/index.php/component/xmap/?sitemap=1

Kemasukan ke Politeknik

1. Bagaimanakah caranya untuk memohon kemasukan ke Politeknik KPTM?
    Permohonan kemasukan ke Politeknik KPTM dilaksanakan dalam 2 sesi:
Sesi Pertama    : Permohonan dibuka pada bulan Feb/Mac dan ditutup 3 minggu selepas diiklankan.
Sesi Kedua       : Permohonan dibuka pada bulan Sept/Okt dan ditutup 3 minggu selepas diiklankan.
Iklan kemasukan akan dipaparkan di dalam media cetak tempatan iaitu :
                                • Mingguan Malaysia
                                • Berita Minggu Metro Ahad
                                • The Borneo Post (Sabah and Sarawak)
                                • The Daily Express (for Sabah)
                                • The Star

2. Apakah kursus yang ditawarkan di Politeknik, KPTM?
    Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  1. Kursus peringkat sijil bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPMV)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Sijil Luar Negara yang setara SPM.
  2. Kursus peringkat diploma bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM(V)/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Sijil Luar Negara yang setara SPM.
  3. Kursus peringkat diploma bagi lulusan Sijil Politeknik, KPTM
  4. Program Bridging bagi lulusan Sijil Kolej Komuniti, KPTM
  5. Program Sijil Kemahiran untuk pelajar berkeperluan khas.

3. Berapa lamakah bidang pengajian di Politeknik, KPTM?
    Pengajian di Politeknik adalah seperti berikut:
  1. Kursus Peringkat Sijil  : 4 semester
  2. Kursus Peringkat Diploma : 6 semester

4. Berapa yuran kemasukan ke Politeknik, KPTM?
    Bayaran yuran kemasukan adalah seperti berikut:
  • Yuran Pengajian : RM200.00 per semester 
  • Yuran Asrama : RM60.00 per semester
  • Yuran Pendaftaran : Anggaran RM500.00 per semester
 Maklumat lanjut sila hubungi:


Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313
Faks : 03-8891 9319

Untuk syarat kemasukan ke Politeknik KPT bagi lepasan SPM, anda boleh rujuk di link di bawah ini:

http://www.politeknik.edu.my/webbpp_html/spm_syarat.html


0 comments:

Post a Comment