Blog Rasmi

SMK Lepar Hilir

Doa Untuk MAS MH370

#DOAUNTUKMH370

Bantuan Khas Awal Persekolahan

Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 2014 SMK Lepar Hilir Oleh ADUN Lepar YB Dato' Mohd. Shohaimi Bin Jusoh

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Persatuan

Program Aku Nak Sihat

Program Aku Nak Sihat Pejabat Kesihatan Kuantan dan PPDA Kuantan di SMK Lepar Hilir 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013

Lawatan Penanda Aras ke SMK Seri Jengka 2013 Calon SPM dan PMR

KKTM Kuantan Industry Oriented Education Exhibition 2013

Lawatan Kerjaya Tingkatan 5L Ke KKTM

Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Cabutan Bertuah Kempen Jom Beli Dan Menang Koperasi SMKLH

Pages

Wednesday, August 24, 2016

Peperiksaan Percubaan SPM 2016


Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik, pejam celik, kita sudah hampir ke penghujung tahun 2016. Para pelajar pula semuanya telah memasuki fasa atau mood peperiksaan.

Masih tidak terlambat rasanya bagi pihak sekolah untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak pelajar dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2016. Semoga anak-anak pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang.

Pelajar Tingkatan 5 di dalam kelas tambahan Bahasa Inggeris sehari sebelum Peperiksaan Percubaan SPM Bahasa Inggeris.

Terima kasih. Selamat berjaya!

Saturday, January 30, 2016

MERENTAS DESA

LARIAN MERENTAS DESA SMKLH

Pada 29 Januari, bersamaan dengan hari Jumaat, satu program telah dijalankan di SMK Lepar Hilir iaitu Larian Merentas Desa 2016. Program ini telah melibatkan semua murid dan dikendalikan oleh pihak sekolah. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang diwajibkan pada setiap tahun. Aktiviti ini adalah salah satu kategori yang termasuk dalam kiraan atau kutipan markah bagi sukan tahunan.

KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR SPM,STPM DAN STAM 2015


  • Selamat Datang ke Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum
  • KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM PELAJAR SPM,STPM DAN STAM 2015





Selamat Datang ke Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum
https://emkoko.moe.gov.my/


Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

No. Tel : 03 - 8872 1610
No. Fax : 03 - 8872 1608












BIASISWA UNTUK TINGKATAN 4 YAYASAN TM 2016

BIASISWA UNTUK TINGKATAN 4 YAYASAN TM 2016





YTM EduXcel Jr.

Dengan memberi tumpuan kepada remaja yang diiktiraf dengan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang cemerlang di sekolah menengah untuk sokongan kewangan dan penyertaan dalam pelbagai program pembangunan

YTM Edexcel Jr. 2016
YTM EduXcel Jr. Biasiswa Kecil untuk 2016 kini dibuka untuk permohonan.
YTM EduXcel Jr. Pakej Biasiswa:
Elaun poket tahunan sebanyak RM 1,500.00 selama dua tahun
Peluang untuk menyertai pelbagai program pembangunan

Saturday, January 16, 2016

VISI DAN MISI BARU SMK LEPAR HILIR

VISI DAN MISI BARU SMK LEPAR HILIR




Pada mesyuarat guru kali pertama 2016, Tuan Pengetua telah memaklumkan para guru berkenan dengan hal ini. Dengan perubahan baru yang banyak berlaku dan antaranya visi dan misi sekolah, telah menyuntik semangat baru terutamanya kepada pelajarnya sendiri. 

Thursday, January 14, 2016

PELANCARAN KEMPEN JOM KE SEKOLAH

PELANCARAN JOM KEMPEN KE SEKOLAH

KEMPEN JOM KE SEKOLAH
Pada 11 Januari 2016, telah berlangsung Majlis Pelancaran Jom ke Sekolah. Kempen ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua sekolah, En. Shaharin bin Abdullah. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar hadir ke sekolah. 

        Selain itu, dengan adanya kempen ini dapat membantu meningkatkan prestasi kehadiran yang sedia ada. Tuan pengetua telah memberi kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus berdisiplin dan menambah azam baru iaitu untuk hadir ke sekolah dengan jayanya, Sekolah adalah tempat permulaan kita belajar mengenai kehidupan. Guru bukan sahaja mengajar malahan cuba mendidik di samping mencurahkan ilmu di dada. Tidak hadir ke sekolah adalah waktu dan saat paling rugi. Di man rakan-rakan yang lain berebut menerima ilmu, kita pula berehat di rumah dengan perasaan serba salah dan tidak keruan.


          Pihak kaunselor juga telah menyatakan kepada pelajar, kempen ini akan berterusan sehingga akhir tahun. Seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang terbaik kehadirannya akan menerima anugerah. Di samping dinilai melalui aspek kehadiran, aspek dispiln pelajar tersebut juga dititik beratkan. Ini membuatkan pelajar yang terpilih adalah seimbang dari kedua-dua aspek dan terbaik untuk dijadikan contoh. Para pentadbir dan guru SMKLH menyeru kepada semua pelajar agar menyahut cabaran baru pada tahun 2016! Selamat Maju Jaya... mungkin andalah orangnya.
       Wassalam..

kelab rukun negara

kelab rukun negara


Kawad - Unit Beruniform

Program Orientasi Tingkatan 1 SMKLH 2016

Program Orientasi Tingkatan 1 SMKLH 2016

Pada 4hb dan 5hb Januari 2016, SMKLH telah menjalankan program orientasi pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2016. Seramai 123 orang pelajar baru terlibat dalam program ini. Program ini telah dirasmikan oleh En Shaharin bin Abdullah, Pengetua SMKLH.





Program yang berlangsung selama dua hari ini telah dijayakan oleh Guru Bimbingan Kaunseling SMK Lepar Hilir dengan dibantu oleh Jawatankuasa Minggu Orientasi Tingkatan 1.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti taklimat Kurikulum oleh Pn Norilah binti Adam, GPK Kurikulum, taklimat Kokurikulum oleh Pn Hajah Hanisah binti Abdullah, GPK Kokurikulum.

Selain daripada itu, pelajar juga telah diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain melalui permainan dan aktiviti berkumpulan bersama rakan sekelas mereka sebelum melangkah ke alam pembelajaran sebenar di sekolah menengah. Aktiviti seperti lakonan telah dilaksanakan bersama-sama pelajar bagi membentuk kerjasama antara pasukan dan membiasakan diri mereka dengan rakan-rakan baru.

Aktiviti minggu orientasi telah berlangsung dengan jayanya dan semoga intipati program ini dapat membantu pelajar-pelajar tingkatan 1 untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah menengah.

Wassalam.


Tuesday, October 27, 2015

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir Kali Pertama

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Lepar Hilir Kali Pertama



Hari:  Rabu.
Tarikh: 28 Oktober 2015.
 Jam 10.00-1.00

Thursday, October 08, 2015

Masalah Teknikal Ketika Memohon Program Matrikulasi KPM 2016

Masalah Teknikal Ketika Memohon Program Matrikulasi KPM 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Buat anak-anak pelajar Tingkatan 5 tahun 2015. Terdapat anak-anak SMK Lepar Hilir yang mengadu menghadapi  masalah ketika memohon Program Matrikulasi KPM 2016. Antara masalah yang timbul ialah,  nama dan ic tidak keluar nama pemohon.

Thursday, October 01, 2015

Pentadbiran SMK Lepar Hilir

Pentadbiran SMK Lepar  Hilir

Pengetua : Tuan Shaharin Bin Abdullah

Penolong Kanan Kurikulum : Puan Norilah Binti Adam

Penolong Kanan HEM : Encik Ahmad Azhar Bin Awang Maharum

Penolong GPK Koko : Pn Hjh Hanisah Bt Abdullah

Program Bicara Kecemerlangan PT3 2015


Program Bicara Kecemerlangan PT3 2015





Saturday, January 10, 2015

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari 2015)

09 January 2015
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015
BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR
 
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sehingga pada 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi murid-murid.
 
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015


Monday, May 05, 2014

5 Maju Johan Kelas Terbersih Minggu ke 16

5 Maju Johan Kelas Terbersih SMK Lepar Hilir Minggu ke 16







Alhamdulillah Dan tahniah pelajar 5 Maju Johan Kelas Terbersih Minggu ke 16 SMK Lepar Hilir. Hadiah disampaikan oleh Puan Noorilah Bt Adam,GPK Kurikulum Smk Lepar Hilir pada Hari Isnin,5 Mei 2014.

Pada perhimpunan Pagi ini terdapat dua orang pelajar yg mempersembahkan pidato dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris.